He (Allah) never fails to hear my Silent Wish

Latest

[Photography] Jangan berhenti bersuara!

Hamba sedar kamu~

sabda Matahari;

“Hamba sedar kamu, kamu menyedarkan hamba”

4:10am – Kuala Lumpur

[Katun] Jangan sedih!

Pernah puteri baginda Fatimah r.a mengadu keletihan menguruskan urusan rumahtangga dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri baginda,

“Ketahuilah akan ku ajarkan kepadamu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku (pembantu). Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari apa yang kamu minta” [Riwayat Bukhari| No. 349]

Allah pasti menilai penat, tangis, jatuh bangun kita.
(1) Asal saja kita ikhlas dan bergantung harap 100% pada DIA.
(2) Asal saja kamu sedar aku ada disisi kamu sedia untuk membantu (^^)

Aku, selalu mendoakan agar Allah permudahkan urusan kamu. Dunia & akhirat 🙂

[Katun] Sihat itu sunnah

“Mukmin yang gagah lebih baik dan disayangi Allah daripada Mukmin yang lemah” – riwayat Muslim.

yang sakit moga disembuhkan!
yang lemah moga dikuatkan!

Moga Allah kuatkan jasad kita untuk:
lebih kuat beribadah,
fokus study,
semangat dalam gerak kerja
dan…
fokus pada kehidupan, masa depan ^^

[Design] Simple wedding card for a Doctor?

Ya Allah, semakin saya berdebar! 8 hari lagi sahabat Surgaku, Nurhasimah binti Bujang yang bakal mendirikan masjid bersama bakal pasangan beliau, Uwais Al Qarni (bakal doktor- insyaAllah). Tiada ku berusin, hanya mampu memberikan kad comel ini 🙂

“بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير”

~Kirimkan hamba satu tiket ke Limbang, Sarawak! (╥_╥)

p/s: terima kasih adobe Illustrator! he he he

[PMIUM Poster] Allah is Calling You

“Sesungguhnya Aku telah berjanji kepada ZatKu terhadap hambaKu,
bahwa apabila dia menunaikan solat tepat pada waktunya,
nescaya Aku tidak akan menyiksanya dan
bahawa Aku akan memasukkannya ke dalam Syurga tanpa hisab”
– Riwayat Hakim

p/s: Yes, I designed this poster 🙂